Saturday, July 25, 2009

Oh! Tepung Gandum... Antara Penyebab Kanser?

Sebenarnya, masih ramai rakyat Malaysia tidak menyedari bahaya tepung gandum. Apa yang diketahui hanyalah tentang keenakannya setelah diuli, diadun, dibakar, digoreng dsb menjadi pelbagai jenis kuih, mee, roti canai dll makanan bersumberkan sang tepung gandum.

Untuk pengetahuan kita, warna asal tepung gandum ialah berwarna kuning, bukannya seperti yang kita lihat sekarang… putih.

Kebanyakan atau hampir kesemua kilang di Malaysia telah menggunakan sejenis peluntur atau bahan kimia yang sangat berbahaya untuk melunturkan warna kuning tersebut lantas bertukar menjadi putih, (gebu, cantik, menarik, menyelerakan).

Apakah sang bahan peluntur wal bahan kimia tersebut? BENZOYL PEROXIDE!

Apakah kegunaan sebenar bahan kimia ini? Sebagai bahan peluntur yang sangat kuat. Ia berkemampuan melunturkan warna baju, warna hitam rambut dan tidak hairan la warna kekuningan tepung gandum yang masih belum diproses dapat dilunturkan.

Jadi, cuba kita bayangkan pula jika bahan kimia ini masuk ke dalam perut !!! Masya Allah…..

Pesakit gout, diabetes dan arthritis tidak digalakkan meneruskan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan tepung gandum yang sangat tinggi. Ini akan menjadikan penyakit mereka lebih parah kerana kandungan asid borik yang terdapat di dalamnya dan nutrisi gandum yang telah hilang akibat penggunaan Benzoyl Peroxide.

Kesan bahan kimia ini tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat. Sebaliknya, ia mengambil masa 20 hingg 30 tahun untuk kesan buruknya kelihatan. Patutlah penyakit gout, diabetes dan arthritis dah menjadi lumrah, biasa, ciri, peel dalam masyarakat kita.

Jadi, agaknya bagaimana cara untuk kita mengatasi masalah ini? Perlukah kita boikot tepung gandum sedangkan ianya sebahagian daripada ekonomi negara kita? Atau, kita perlu bertindak sekarang untuk menyuruh kerajaan bertindak tegas mengenai perkara ini? Fikir-fikirkanlah… Renung-renungkanlah…

Ariz Huzaiqi... Permata hati.....

Agak lama ambo menyepi dari menulis, menukil, menaqal, mengopy, menaip dsb di dalam blog ambo nih… Maklum ler ambo masyghul sikit dengan melayan karenah 4 anak-anak setelah mendapat anak ke-5 (boy ke-4) kira-kira dua bulan setengah lepas.. Kalu buka blog pun, tengok jer.. Nak tambah info, kurang bersemangat.. Jadi, rasanya lepas ni, ok balik.. Insya Allah