Tuesday, August 11, 2009

BABI DAN KUMAN

Pada suatu hari, seorang saintis berbangsa Cina telah menemui seorang alim ulama tersohor di sebuah kampong di Kelantan. Kedatangan saintis tersebut semata-mata ingin berdialog dengan ulama tersohor itu bagi menidakkan kata-kata orang Islam bahawa babi itu haram dimakan kerana antara alasannya ialah ‘babi itu pembawa kuman’.


Diringkaskan dialog tersebut…

Saintis : Wahai ulama, orang Islam mengatakan babi itu haram dimakan kerana antara alasannya ialah ‘babi itu pembawa kuman’!


Ulama : Ya, saya setuju!


Saintis : Tetapi, sebagai sebagai seorang saintis, saya ingin kepastian lantas saya telah mengambil beberapa contoh daging babi. Maka, setelah saya membuat penyelidikan, ternyata tiada pun kuman yang berbahaya pada daging babi tersebut. Jadi, bagaimanakah orang Islam boleh menuduh sedemikian rupa?


Ulama tersebut tersenyum seketika sambil mengusap janggutnya… lantas beliau menjawab…


Ulama : Amat betul dan tepat sekali penyelidikan tuan saintis… Tiada kuman pada daging babi tersebut KERANA BABI ITU SENDIRI ADALAH KUMAN!!! Bolehkan kita mencari serta mendapati kuman pada kuman???


Saintis : @#$%!

Saturday, July 25, 2009

Oh! Tepung Gandum... Antara Penyebab Kanser?

Sebenarnya, masih ramai rakyat Malaysia tidak menyedari bahaya tepung gandum. Apa yang diketahui hanyalah tentang keenakannya setelah diuli, diadun, dibakar, digoreng dsb menjadi pelbagai jenis kuih, mee, roti canai dll makanan bersumberkan sang tepung gandum.

Untuk pengetahuan kita, warna asal tepung gandum ialah berwarna kuning, bukannya seperti yang kita lihat sekarang… putih.

Kebanyakan atau hampir kesemua kilang di Malaysia telah menggunakan sejenis peluntur atau bahan kimia yang sangat berbahaya untuk melunturkan warna kuning tersebut lantas bertukar menjadi putih, (gebu, cantik, menarik, menyelerakan).

Apakah sang bahan peluntur wal bahan kimia tersebut? BENZOYL PEROXIDE!

Apakah kegunaan sebenar bahan kimia ini? Sebagai bahan peluntur yang sangat kuat. Ia berkemampuan melunturkan warna baju, warna hitam rambut dan tidak hairan la warna kekuningan tepung gandum yang masih belum diproses dapat dilunturkan.

Jadi, cuba kita bayangkan pula jika bahan kimia ini masuk ke dalam perut !!! Masya Allah…..

Pesakit gout, diabetes dan arthritis tidak digalakkan meneruskan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan tepung gandum yang sangat tinggi. Ini akan menjadikan penyakit mereka lebih parah kerana kandungan asid borik yang terdapat di dalamnya dan nutrisi gandum yang telah hilang akibat penggunaan Benzoyl Peroxide.

Kesan bahan kimia ini tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat. Sebaliknya, ia mengambil masa 20 hingg 30 tahun untuk kesan buruknya kelihatan. Patutlah penyakit gout, diabetes dan arthritis dah menjadi lumrah, biasa, ciri, peel dalam masyarakat kita.

Jadi, agaknya bagaimana cara untuk kita mengatasi masalah ini? Perlukah kita boikot tepung gandum sedangkan ianya sebahagian daripada ekonomi negara kita? Atau, kita perlu bertindak sekarang untuk menyuruh kerajaan bertindak tegas mengenai perkara ini? Fikir-fikirkanlah… Renung-renungkanlah…

Ariz Huzaiqi... Permata hati.....

Agak lama ambo menyepi dari menulis, menukil, menaqal, mengopy, menaip dsb di dalam blog ambo nih… Maklum ler ambo masyghul sikit dengan melayan karenah 4 anak-anak setelah mendapat anak ke-5 (boy ke-4) kira-kira dua bulan setengah lepas.. Kalu buka blog pun, tengok jer.. Nak tambah info, kurang bersemangat.. Jadi, rasanya lepas ni, ok balik.. Insya Allah

Friday, March 27, 2009

PERSOALAN HIDUP & MATI - Imam Al-Ghazali

Pendapat Imam Al-Ghazali tentang persoalan HIDUP dan MATI :

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

* Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).

- Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang.

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.
Tetapi yang paling benar adalah "masa lalu".

Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan.


- Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari.

Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.
Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179).

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


- Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawap batu, besi, dan gajah.

Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali,
Tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al-Ahzab :72).

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.


- Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.

Semua itu benar kata Imam Ghazali,
Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah ''meninggalkan solat''.

Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.


- Lalu pertanyaan ke enam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...

Benar kata Imam Ghazali,
Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".

Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Monday, March 23, 2009

Permulaan Wahyu..... Tahukah kita???

Kita mengaku Allah itu Tuhan kita,

Kita mengaku Muhammad itu Nabi kita,

Kita mengaku Al-Quran itu kitab panduan hidup kita...


Namun, adakah kita masih ingat atau tahu sejarah penurunan wahyu Allah yang pertama kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada kita?

Saidatina Aisyah r.a berkata :

”Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w bermula dengan mimpi yang baik di dalam tidurnya, Baginda melihat (sesuatu) di dalam mimpinya seperti cahaya fajar sebelum terbit matahari dan setelah itu Baginda suka mengasingkan diri. Baginda mengasingkan diri dan beribadat di Gua Hira' selama beberapa malam sebelum pulang kepada keluarganya untuk mengambil bekalan. Apabila bekalan habis, Baginda pulang menemui Khadijah untuk mengambilnya lagi, sehinggalah malaikat datang ketika Baginda berada di Gua Hira' tersebut, lalu berkata: Bacalah. Baginda menjawab: Aku tidak tahu membaca. Kata baginda lagi: Malaikat memelukku sehingga aku terasa susah untuk bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak tahu membaca. Malaikat memelukku buat kali yang kedua sehingga aku terasa susah untuk bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak tahu membaca. Dia memelukku buat kali yang ketiga kemudian melepaskanku lalu berkata:


Yang bermaksud: (Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pen dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya).


Rasulullah s.a.w pulang dengan hati yang gementar, lalu terus masuk menemui Khadijah binti Khuwailid (isteri Baginda) dengan berkata: Selimutkan aku, selimutkan aku. Khadijah terus menyelimutinya sehingga hilang perasaan gementar.


Baginda menceritakan kepada Khadijah peristiwa yang berlaku dengan katanya: Sesungguhnya aku merasa takut terhadap apa yang menimpa diriku. Khadijah berkata: Tidak sama sekali. Demi Allah! Sesungguhnya Allah tidak akan menyusahkanmu selama-lamanya, kerana kamu telah menghubungkan silaturahim, menolong orang ramai, memberi belanja kepada orang yang harta, memuliakan tetamu dan menyebelahi orang yang benar.


Setelah itu Khadijah membawa Rasulullah s.a.w menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah yang beragama Nasrani pada masa jahiliah. Beliau menulis kitab ke dalam bahasa Ibrani dan telah menterjemahkan kitab Injil ke dalam bahasa Ibrani. Beliau seorang yang telah tua lagi buta.


Khadijah berkata kepadanya: Wahai sepupuku! Dengarlah apa yang akan diperkatakan oleh anak saudara kamu ini (Rasulullah). Lalu Waraqah berkata kepada baginda: Wahai anak saudaraku! Apakah yang telah kamu lihat. Rasulullah s.a.w menceritakan peristiwa yang telah berlaku ke atas diri baginda. Waraqah berkata kepada baginda: Itulah Malaikat yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa, mudah-mudahan aku masih hidup ketika kamu berada dalam keadaan sedih kerana dihalau oleh kaum kamu. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Apakah mereka akan menghalau aku? Beliau menjawab: Ya. Setiap lelaki yang didatangkannya (Wahyu) akan dimusuhi, sekiranya aku mampu untuk menolong kamu pada hari itu nescaya aku akan menolong kamu secara bersungguh-sungguh, tetapi Waraqah bin Naufal tidak sempat bersama kerana beliau meninggal dunia ketika Wahyu diberhentikan buat sementara waktu.”

Friday, March 13, 2009

Hukum Sambutan Maulidur Rasul.....

"Ada orang yang mengatakan bahawa haram untuk menyambut Maulidur Rasul, ada juga yang berpendapat sebaliknya. Berikut adalah daripada fatwa Sheikh Yusof al-Qaradhawi mengenai sambutan Maulidur Rasul. Sheikh Yusof al-Qaradhawi adalah ulama’ yang tersohor di dunia pada waktu ini.

SOALAN : Apakah hukum menyambut hari memperingati Nabi Muhammad S.A.W dan juga hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti kedatangan tahun baru hijrah dan juga Isra’ dan Mikraj ?

JAWAPAN :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, tidak lupa juga selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w.....

Ada golongan daripada umat Islam yang menganggap bahawa hari-hari penting dan kebesaran Islam atau apa sahaja cara memperingati peristiwa-peristiwa Islam seperti Hijrah, Isra’ Mikraj, Maulidur Rasul, Peristiwa Badar al-Kubra, Fathu Makkah, peristiwa-peristiwa dari sirah nabi dan lain-lain yang seumpamanya adalah bid’ah (yang diada-adakan) dalam agama ini yang mana setiap bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat itu akhirnya adalah tempatnya di neraka.

Anggapan ini sebenarnya SALAH secara total. Sebenarnya apa yang kita nafikan dan tidak persetujui pada perkara ini ialah sambutan-sambutan yang bercampur dengan perkara-perkara yang mungkar, perkara-perkara yang salah di sisi syara’ dan juga perkara yang langsung tiada asal dan dalil dalam agama sepertimana yang berlaku di sebahagian negara pada sambutan Maulidur Rasul dan sambutan kelahiran yang mereka rayakan untuk para auliya’ dan solihin.

Akan tetapi, sekiranya kita merebut peluang ini untuk memperingati sirah Nabi S.A.W, keperibadiannya, risalah yang dibawanya yang menjadi rahmat untuk sekalian alam, dimanakah bid’ahnya dan dimanakah pula sesatnya?

Apabila kita berbicara mengenai perkara ini, sebenarnya kita saling mengingatkan manusia mengenai nikmat besar yang Allah kurniakan kepada kita. Ingat-memperingati ini adalah disyariatkan (ada dalilnya di sisi syara’), digalakkan dan dituntut. Allah S.W.T sendiri telah memerintahkan kita untuk melakukannya (ingat memperingati) dalam al-Quran apabila berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا (9) إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا (10)

9. “Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.

10. “Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.” (al-Ahzab ; 9-10)

Ayat ini mengingatkan kita dengan perang Khandak atau dinamakan juga perang Ahzaab apabila orang Quraisy, Ghatfan dan kumpulan-kumpulan mereka memerangi Nabi S.A.W dan juga kaum muslimin di tengah-tengah tempat tingggal mereka, mengepung Madinah dengan memagari sekelilingnya. Musuh merancang untuk memusnahkan tanaman-tanaman orang Islam dan menghancurkan sumber-sumbernya. Lalu Allah menyelamatkan orang Islam daripada ancaman ini dengan menghantar angin ribut kencang dan juga tentera-tenteraNya yang tidak dapat dilihat oleh manusia iaitu Malaikat.

Allah telah mengingatkan orang-orang Islam dengan perkara ini.. Ingatlah dan jangan lupa perkara ini !!! Ini memberi makna bahawa menjadi kewajipan kepada kita untuk sentiasa mengingati nikmat ini dan tidak melupakannya.

Dalam ayat lain, Allah berfirman di dalam surah al-Ma`idah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ هَمَّ قَوْمٌ أَنْ يَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ فَكَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ (11)

11. Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri. (al-Maidah ; 11)

Dalam ayat ini, Allah mengingatkan kaum muslimin akan kaum Yahudi Bani Qainuqa’ yang cuba untuk membunuh Nabi S.A.W secara curi-curi. Mereka merancang perkara ini dan hampir-hampir perancangan ini menjadi akan tetapi perancangan Allah lebih kuat dan cepat daripada mereka.

Maka dengan itu, berdasarkan bukti-bukti di atas, mengingati nikmat-nikmat adalah dituntut. Kita sentiasa mengingati nikmat Allah pada hari-hari kebesaran ini dan kita mengingatkan kepada orang Islam tentang peristiwa ini dan apa pengajaran dan pelajaran yang boleh kita dapati daripada peristiwa ini.

Persoalannya, adakah kita dapati kecacatan kepada perkara seperti ini? Adakah perkara ini menjadi bid’ah dan menyesatkan ?

Wallahua’lam.

Syaitan dan Hidung.....

 "Hadis Abu Hurairah r.a. : Nabi s.a.w telah bersabda : "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur." (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya,kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak. Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.

Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. (macam-macam adaaa...) Oleh itu, bersihkanlah sebaik bangun dari tidur. Cara nak membersihkannya, berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa. Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-samalah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata..... "Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku" "

#diedit dari tranungkite

Saturday, March 07, 2009

Jika tidak kerana Nabi Muhammad, nescaya kita tidak diciptakan.....

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian nur dan kitab yang jelas dan nyata."

Dalam ayat di atas, kebanyakkan ulamak tafsir mentafsirkan "nur" yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah Nabi Muhammad s.a.w manakala "kitab" pula iaitu Al-Quran.

Kelahiran Rasulullah s.a.w merupakan anugerah Allah kepada dunia ini amnya dan kepada orang mukmin khasnya. Firman Allah:
"Berikanlah khabar gembira kepada orang mukmin bagi mereka anugerah dari Allah yang amat besar."(Surah al-Ahzab: ayat 47)

Ayat ini disusuli selepas Allah s.w.t. menyeru Nabi Muhammad s.a.w pada ayat sebelumnya dengan memuji Baginda s.a.w. sebagai pemberi khabar gembira dan peringatan, penyeru agama dengan izin Allah dan sebagai cahaya yang menerangi kegelapan.

Ulama' menyebut : Jika masyarakat Quraisy menggelarkan Rasulullah s.a.w dengan "Al-Amin" sebelum kebangkitan Baginda atas sifat amanah dan benarnya, maka Allah s.w.t. sendiri telah menggelarnya dengan gelaran yang lebih tinggi iaitu sebagai Sirajul munir iaitu "cahaya yang terang". Apatah lagi dalam ayat Al-Quran yang lain, Allah telah menganugerahkan dua daripada nama-Nya dari Asmaul Husna iaitu Ar-Rauf dan Ar-Rahim kepada Rasulullah s.a.w dalam menerangkan sifat Rasulullah s.a.w bersama orang mukmin.

Oleh itu, dengan meyambut hari kelahiran-Rasulullah s.a.w adalah satu cara untuk melahirkan rasa syukur kita kepada Allah atas nikmat nabi dan berbangga kerana dipilih menjadi umat kepada penghulu Rasul yang digelar "kekasih Allah" ini.

Diriwayatkan daripada Ibnu Asakir daripada Salman Al-Farisi r.anhu sabda Rasulullah s.a.w, Allah berfirman dalam hadith Qudsi "Wahai Muhammad, Aku telah mengambil Ibrahim sebagai KhalilKu, sesungguhnya Aku telah mengambil engkau sebagai kekasih-Ku, dan Aku tidak ciptakan sesuatu makhluk yang lebih mulia daripada engkau di sisiKu dan Aku ciptakan dunia serta seisinya supaya mereka mengetahui kemuliaan dan kedudukanmu di sisiKu, kalaulah tidak keranamu wahai Muhammad, Aku takkan ciptakan dunia ini."

Sabda Nabi : Yang bermaksud : "Aku telahpun dilantik sebagai nabi sedangkan Adam masih antara air dan tanah (belum dicipta)".

Melahirkan rasa gembira atas sesuatu nikmat adalah perkara yang wajib. Firman Allah yang bermaksud : "Adapun nikmat daripada Tuhanmu maka ceritalah (zahirkannya)" (Surah Ad-Dhuha : Ayat 11)

Oleh itu, apakah nikmat yang lebih besar bagi kita dari nikmat Islam dan iman? Bagaimana kita hari ini mampu memperoleh nikmat tersebut jika nabi tidak diutuskan?

Syeikh 'Atiah Saqar, seorang ulama' Al-Azhar telah menyebut bahawa, "Mensyukuri nikmat kelahiran Rasulullah adalah wajib. Jika Nabi Muhammad tidak diutus, nescaya Al-Quran tidak akan diturunkan".

Lihatlah saudara-saudaraku sekalian! Betapa pentingnya kita bergembira dengan kebangkitan Rasulullah s.a.w kepada alam ini. Cuma, bagaimanakah caranya, itu terserah kepada inisiatif masing-masing. Bagi Rasulullah s.a.w sendiri, bagi melahirkan rasa syukur ini, dengan berpuasa pada hari kelahirannya, hari Isnin.

Hadith daripada Abu Qatadah r.anhu, tatkala Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasanya pada hari Isnin Baginda menjawab "Itulah hari yang aku dilahirkan padanya". Kata Dr.Syeikh Muhammad Alawi Al-Maliki r.anhu (seorang ulama' Mekah), inilah dalil yang jelas harus menyambut perayaan yang bersejarah ini. Kata beliau, jika ada yang mengatakan sambutan maulid ini tiada dalil, sama ada dia jahil atau membutakan matanya dari kebenaran, kerana yang awal-awal menyambutnya adalah tuan punya maulid itu sendiri, Rasulullah s.a.w..

Diriwayatkan daripada As-Suhaili bahawa Saiyidina 'Abas bin Abdul Muttalib r.anhu bermimpi setelah kematian Abu Lahab dan beliau bertanya halnya di alam kubur, maka jawab Abu Lahab "Bagiku tiada rehat sedikitpun kecuali diringankan azab bagiku pada hari Isnin". Ini kerana apabila datangnya Suwaibah, hambanya mengkhabarkan berita dia menerima anak saudara lelaki yang bernama Muhammad, Abu Lahab telah membebaskan hambanya tadi dan menjamu penduduk Mekah kerana terlalu gembira. Maka kata Al-hafiz Shamsuddin Muhammad Ad-Dimasyqi dalam syairnya :

اذا كان هذا كافرا جآء ذمه * وتبت يداه في الجحيم مخلدا
أتى أنه في يوم الاثنين دائما * يخفف عنه للسرور بأحمدا
فما الظن بالعبد الذي كان عمره * بأحمد مسرورا ومات موحدا؟

Maksudnya :
Jika si kafir ini (Abu Lahab) yang dilaknat Allah dalam Al-Quran dan kekal dia dalam neraka,
Tetapi diringankan azab pada hari Isnin kerana gembira dengan kelahiran Muhammad,
Bagaimana pula seseorang yang gembira seumur hidupnya dengan kelahiran Muhammad dan dia mati dalam mentauhidkan Allah (Islam)?

Diriwayatkan daripada daripada Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki daripada gurunya Dr.Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki daripada ayahnya, Sayyid Alawi bin Abbas Al-bin Abdul Aziz pernah menghadiri majlis maulidur di Masjidil Aqsa satu ketika dahulu. Dalam majlis itu, Syeikh Abbas melihat seorang lelaki tua sanggup berdiri bermula awal majlis hingga ke akhirnya. Lalu Syeikh ‘Abbas bertanya kepada lelaki itu kenapa dia sanggup berdiri begitu lama sedangkan dia sudahpun tua dan uzur. Lalu lelaki tua itu bercerita "Sebenarnya, sebelum ini aku mengingkari berdiri semasa selawat dibaca pada pandanganku ia adalah bid'ah dholalah. Hingga satu malam aku bermimpi, aku duduk dalam satu majlis bersama orang ramai tiba-tiba masuk Rasulullah s.a.w, lalu semua orang berdiri. Aku cuba berdiri tapi aku tidak mampu. Rasulullah datang kepadaku dan bersabda "Kamu takkan mampu untuk berdiri!". Aku terkejut dan apabila aku sedar keesokkannya, aku dapati kakiku lumpuh dan tidak mampu berjalan lagi.

Sejak hari itu aku berdoa dan bernazar jika Allah sembuhkan kakiku, aku akan berdiri sepanjang majlis maulid berlangsung. Bertahun-tahun lamanya aku menderita dan akhirnya Allah sembuhkan aku. Itulah sebab itulah aku berdiri".

Kata Al-Marhum Dr.Muhammad Syed Ahmad Al-Musayyar, mantan pensyarah kuliah Usuludin, Al-Azhar, "Jika tidak kerana Nabi Muhammad, takkan kita kenal para nabi, kalau tanpa nabi, takkan kita mengenali hakikat kehambaan kita kepada Allah".

Akhirnya marilah sama-sama kita berdoa semoga dalam masa yang terdekat ini akan terbitlah cahaya biasan Nur Muhammad yang akan menerangi hati dan jiwa kita serta sekalian umat dari ufuk Timur hingga ke Barat bagi mengembalikan kegemilangan Islam di alam ini.

Ya Rasulullah, biarlah engkau tahu perasaan dan rindu kami mengharum mekar mewangi tetap utuh dan abadi buat selamanya.

#sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Sambutan Maulidur Rasul Jauhkan Kita Dari Syirik

Pensyarah Kuliah Usuludin Dakwah Universiti Al-Azhar Shibin El-Kom, Mesir, Dr.Atiyah Mustafa Husain berkata, mereka yang merayakan sambutan Maulid Rasul akan dijaga oleh Allah dari syirik kepada-Nya. Memetik kata-kata daripada Syeikh Soleh Jaafari r.adhiAllahu anhu, dengan menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa sambutan Maulid Rasul boleh menjatuhkan seseorang kepada syirik, beliau berkata mereka yang menyambut perayaan ini akan terpelihara akidahnya dari perbuatan syirik.

"Ini kerana kita sudah mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w juga adalah hamba Allah dan merupakan utusan-Nya," jelas beliau. Tambahnya lagi, walaupun begitu darjat Baginda s.a.w adalah tidak sama dengan sekalian hamba Allah yang lain.

Beliau turut mengupas tentang zat Nabi Muhammad s.a.w yang memiliki cahaya (nur). "Nur yang ada pada Baginda s.a.w mengatasi sekalian cahaya-cahaya lain di dunia ini termasuk matahari", katanya. Oleh sebab itu antara kelebihan Baginda s.a.w ialah Baginda s.a.w tidak mempunyai bayang-bayang ketika Baginda s.a.w berdiri di bawah sinaran matahari.

Beliau yang juga imam dan khatib di Masjid Syeikh Soleh Jaafari di Darrasah turut mengupas kisah malam Israk Mikraj antara Rasulullah s.a.w dengan malaikat Jibrail, penghulu sekalian malaikat. Setelah melepasi langit ketujuh, Rasulullah s.a.w dapat melepasi hingga ke Sidratul Muntaha tanpa Jibril kerana jika Jibril melintasi ke Sidratul Muntaha nescaya jasadnya akan terbakar. "Oleh sebab itu, cahaya Nabi Muhammad s.a.w adalah mengatasi cahaya-cahaya lain termasuk cahaya para malaikat hingga diberikan kemuliaan dapat melihat Allah Taala di malam tersebut," tegas beliau.

Sunday, March 01, 2009

Sukan Tahunan 2009 SMKLU

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi… Sekolah tempat ambe mencurahkan ilmu dan bakti selesai melaksanakan Sukan Tahunan pada tengahari Sabtu (28 Februari) walaupun dah dikira lewat pelaksanannya berbanding dengan sekolah-sekolah lain... Yang penting, selesai, selamat dan sempurna...


Terima kasih atas kesudian wakil Tuan PPD (En. Mohi) yang sudi datang kira-kira 80 km dari bandar Jerantut semata-mata untuk merasmikan acara Sukan Tahunan ni... Pandu sorang-sorang diri pulak tu...


Bukan main bersemangat para pelajar (cikgu-cikgi lagi lea bersemangat) bersukan. Seronok juga ambe tengok gelagat anak-anak murid ambe. Cuma, diharapkan lepas ni anak-anak murid ambe ni bersemangat belajar pulak, melebihkan bersemangat masa Sukan Tahunan...


Terima kasih kepada ibu, bapa, penjaga, bekas pelajar, komuniti tempatan dan lain-lain yang turut serta memeriahkan Sukan Tahunan niii... Begitu juga `penggerai-penggerai’ yang menjual air, makanan dsb yang menambahkan lagi kemeriah sukan tersebut.


Tak lupa juga adik-adik kecil yang comel lote & kiut-miut yang sudi berpanas kerana nak berebut gula-gula. Para ibu & bapa yang berpeluh sakan nak jadi juara Terompah Gergasi. Juga para pegawai (pengadil) yang terdiri dari team RELA... Yang paling best, team ambe jadi juara Talik Tali setelah berpeluh bergelut serta bergayut melawan bekas-bekas anak-anak murid ambe sendiri...


Moga-moga kita jumpa lagi pada Sukan Tahunan tahun depan dengan lebih meriah lagi....


Akhirnya, Juara 2009 dinobatkan kepada rumah Syahbandar (17 emas) setelah mengenepikan Temenggung (rumah ambe) dengan perbezaan 2 emas (tapi, dari segi pungutan pingat rumah amber terbanyak... he he he). Ketiga Bendahara dan terakhir Laksamana... Tak apa, cuba lagi pada tahun depan...


# buat bekas guru-guru sekolah ni, maaf lea gambar belum ada untuk ditatapi...

Saturday, February 28, 2009

Antara Manusia Dan Buah-buahan.

Untuk renungan semua :

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia Terhadap Pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan Dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,
tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga Kesucian Dalam Pergaulan
Jadilah seperti sengkuang.
Walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

# artikel asal : JAPIM

Tuesday, February 24, 2009

Cikgu..... Sabarlah Cikgu.....

Pada Waktu Pagi

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu.....

Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu.....


Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu.....


Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "mana kerja rumah". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja) Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah.

Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "faham tak ? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu.....


Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "tak tahu, lupa, jaga adik". Sabarlah cikgu.....


Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu.....

Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.


Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu.....


Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya.. Sabarlah cikgu.....


Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan 'terima kasih cikgu'..


Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

/ http://jarumemas.blogspot.com/

Saturday, February 21, 2009

Tanda-tanda Kiamat !!!

Antara tanda berlakunya kiamat :

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela / berleluasa.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenak-enaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka (contohnya : Tsunami pada 26 Disember 2005 merubah mukabentuk asia keseluruhannya)." Ada yang bertanya kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad.

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'''' bin Luka'''' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani.

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad.

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani.

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim.

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad.

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai-sungai" - Sahih Muslim.

Tilik-tilik... Tengok-tengoklah di sekeliling anda... Agak-agaknya dah berlaku ke belum?

Bertaubat awal-awal banyak kelebihan,
Bertaubat kemudian (dah nak kiamat), dah tak dan... tiada gunanya.....

Fikir-fikirkanlah.....


Menderhaka kepada pemerintah = dosa besar!!! (kata mufti WP)
Tak laksanakan undang-undang Islam = camna? tak pa ke?

Fikir-fikirkanlah... dengan ilmu dan akal yang waras...
Jangan taqlid (ikut) membabi buta tuli...

Mufti Wilayah diminta ikhlas.....

#Artikel Asal : zahidyusof.blogspot.com
Membaca kenyataan yang di keluarkan oleh mufti wilayah persekutuan di dalam berita harian pada hari ini amat mengejutkan, seolah-olah apa yang saya pelajari selama ini tidak berul dan tidak bertepatan dengan ajran Islam, segala kita tafsir yang pernha di telaah bersama sahabat-sahabat dan berguru di Al Azhar seperti tidak ada faedah dan tidak perlu di rujuk. Bermula dengan kenyataan beliau di dalam Mstar kelmarin kemudian tersebar secara umum di dalam berita hari pada hari ini merupakan kenyataan yang boleh di takwilkan keikhlasannya, bukan saya mahu memperlekehkan atau mentakwilkan ilmu yang di miliki oleh Mufti Wilayah akan tetapi, aspek keikhlasan perlu di perhalusi agar kenyataan yang melibatkan agama ini tidak sepatutnya di pengaruhi oleh sentimen makan gaji atau cari makan.

Saya nukilkan kenyataan beliau dalam Mstar

Mufti: Menderhaka kepada pemerintah satu dosa besar KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat." Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan. Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu.BERNAMA

Kemudian di dalam berita harian hari ini

Ummah wajib mentaati pemerintah Bersama Wan Zahidi Wan The IMAM Ibnu Hajar Al-Makky A-Haitamy, seorang ulama syafi'e terkemuka menyebut dalam kitabnya Al-Zawajir 'An Iqtiraf Al-Kabaair bahawa menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar. Beliau menyebut beberapa dalil, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Tiga golongan Allah tidak berkata-kata dengan mereka pada hari kiamat, tidak melihat kepada mereka, tidak membersihkan dosa mereka dan mereka akan menerima azab yang pedih." Diriwayatkan lagi yang bermaksud: "Seorang yang mengaku setia kepada seorang pemerintah, ia berbuat demikian kerana keduniaan; jika diberi, ia tunaikan kesetiaannya, tetapi jika tidak diberi, ia menderhaka." Imam Ibnu Hajar juga memetik perkataan Saidina Ali yang bermaksud: "Dosa besar itu ialah mensyirikkan Allah, membunuh manusia, makan harta anak yatim, menuduh seseorang berzina, menderhaka kepada dua ibu bapa dan membatalkan kesetiaan kepada pemerintah." Perhatikan bagaimana menderhaka kepada pemerintah diletakkan sama dengan dosa besar yang utama seperti syirik, membunuh, derhaka kepada ibu bapa, makan riba dan seterusnya. Apa yang disebut Ibnu Hajar ini adalah pendapat yang ijmak di kalangan ulama, seperti dinyatakan Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Baari: "Sesungguhnya fuqaha sudah sependapat mengatakan wajib taat kepada sultan yang memerintah dan berjihad bersamanya " Ijmak ulama itu bersandarkan dalil al-Quran dan sunnah seperti berikut: Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan ulil amri daripada kalangan kamu." - (Surah an-Nisaa, ayat 59) Imam al-Mawardi sewaktu mengulas ayat ini menyatakan, melalui ayat ini Allah mewajibkan kita taat kepada ulil amri, iaitu pemimpin negara yang memerintah kita. (Al-Ahkam al-Sultaniyah) Selain daripada itu ada hadis yang banyak menjelaskan kewajipan ini. Antaranya, hadis sahih riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Thabarani yang meletakkan ketaatan kepada pemerintah setara dengan rukun Islam. Ketika berkhutbah pada Haji Wida', Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Demi sesungguhnya hendaklah kamu beribadat kepada Tuhanmu, tunaikan solat lima waktu, berpuasalah pada Ramadan, keluarkan zakat harta dengan suci hatimu, dan taatilah pemerintah kamu; maka dengan itu kamu akan memasuki syurga Tuhanmu." Perhatikan bagaimana kemasukan ke syurga diikat juga dengan mentaati pemerintah di samping menunaikan rukun Islam. Berpandukan nas yang ada dalam al-Quran dan sunnah, Imam Abu Bakar Al-Turtusyi dalam kitabnya Siraj Al-Muluk merumuskan: "Orang yang keluar daripada garis ketaatan akan terputus perlindungan Allah, terlepas daripada jaminan-Nya, serta menukar nikmat dengan kufur (nikmat). Taat kepada pemerintah adalah tali Allah yang kukuh, agama-Nya yang lurus, perisai-Nya yang melindungi dan pemeliharaan-Nya yang tinggi." Bertolak daripada keterangan di atas juga, maka sebarang bentuk tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bazzar yang bermaksud: "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari kiamat." Dengan demikian, adalah jelas bahawa kenyataan dibuat oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan mentaati titah Sultan Perak adalah benar dan mengikut hukum syarak seperti yang disepakati ulama berasaskan dalil daripada al-Quran dan sunnah Penulis ialah Mufti Wilayah Persekutuan

Sengaja saya membawa tulisan ini agar semua kita akan mendapat penjelasan dan jika terdapat kesalahan terutama dari pihak saya , maka ianya dapat di perbetulkan. Begitu juga ianya bukan bertujuan untuk menderhaka kepada mana-mana raja di dalam duni dan bukan juga untuk mentaati secara membabi buta.

Sohibussamahah telah membawa beberapa pandangan para ulama tentang ketidak wajaran menderhaka kepada pemerintah,
1. IMAM Ibnu Hajar Al-Makky A-Haitamy
2. Ibnu Hajar Al-Asqalani
3. Abu Bakar Al-Turtusyi
4. Imam al-Mawardi

Dan beliau telah menyandarkan hujjah-hujjah para ulama ini dengan Sepotong ayat suci Al Quran dalam surah An Nisa’ ayat ke 59 iaitu yang bermaksud
"Wahai orang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan ulil amri daripada kalangan kamu." - (Surah an-Nisaa, ayat 59)

Kita semua tidak menafikan bagaimana muktabarnya ulama’ yang di sebutkan di atas, tetapi apa yang kita perkatakan ialah bagaimana keikhlasan mufti menaqalkan pandangan-pandangan ini, adakah beliau menaqalkan secara keseluruhan perbahasan atau hanya mengambil apa yang selari dengan pandangan dan pedapat beliau sahaja.

Oleh kerana sandaran kepada hujjah ini ialah daripada ayat 59 Surah Annisa’..maka apa salahnya jika kita juga melihat kepada kitab-kitab tafsir yang juga muktabar dan juga masyhur serta thiqah, hampir semua ulama mufassirin apabila membicarakan ayat ini akan mengkaitkan ketaatan kepada pemerintah itu dengan ketaatan kepada Allah dan rasul dalam erti kata ketaatan kepada pemerintah hanya wajib apabila pemerintah itu taat kepada Allah sebagaimana hadis dari Ibn Umar R.A. Sabda Rasulullah saw

“Dengar dan taat oleh sesorang muslim dalam apa yang dia benci dan dia suka selagi mana tidak di perintahkan supaya melakukan maksiat, maka apabila diperintah supaya melakukan maksiat maka tidak perlu dengar dan tidak perlu taat

Maka di bahaskan pulak bahawa Raja Perak tidak memerintah kepada perkara maksiat!...tetapi kita semua tahu bahawa titak tuanku pada hari itu berlawanan dengan Undang-undang tubuh Negeri Perak sendiri dan bertentangan dengan prinsip Al Adaalah yang di nyatakan di dalam ayat Quran Surah Annisa’ ayat 58.

Yang menghairankan kita adakah mufti Wilayah tidak merujuk kepada kitab-kitab tafsir dalam menerangkan tentang ayat ini. Saya tidak mahu menyenaraikan semua kitab-kitab tafsir tersebut, akan tetapi secara jelas dan nyata KESEMUA KITAB-KITAB TAFSIR menetapkan bahawa ketaatan kepada Pemerintah itu mestilah sejauh mana pemerintah itu taat kepada Allah. Jadi pohon saya agar mufti dapat ikhlas dalam menaqalkan kata-kata para ulama’ tersebut.

Mufti juga ada menyebut sepotong hadis

Bertolak daripada keterangan di atas juga, maka sebarang bentuk tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bazzar yang bermaksud: "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari kiamat."

Sebelum kita mengulas tentang hadis ini, suka saya bawakkan nas asal hadis ini
وَأَخْبَرَنَاهُ أَحْمَدُ بْنُ الْمِقْدَامِ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَكْرٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا كَثِيرُ بْنُ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ رِبْعِيٍّ ، عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : مَا مِنْ قَوْمٍ مَشَوْا إِلَى سُلْطَانِ اللهِ لِيَذِلُّوهُ إِلاَّ أَذَلَّهُمُ اللَّهُ قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ. وهَذَا الْكَلامُ لاَ نَعْلَمُهُ يُرْوَى عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم بِهَذَا اللَّفْظِ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ حُذَيْفَةَ عَنْهُ بِهَذَا الإِسْنَادِ.
Pertama;
Kenapa Mufti menterjemahkan perkataan سُلْطَانِ اللهِ dengan perkataan sultan sahaja sedangkan dalam nas arab perkataan sultan itu di sandarkan kepada Allah, yang membawa maksud taat dan patuh kepada Allah, bukan dalam masalah sembahyang sahaja tetapi dalam semua aspek..kalau nak bahas panjang hari ni.

Kedua;

Hadis ini hanya di riwayatkan oleh seorang sahaja… iaitu Huzaifah, tidak terdapat dalam mana-mana kitab lain..bukan itu sahaja tidak terdapat hadis ini di riwayatkan dengan turuk atau jalan sanad yang lain..dalam erti kata hadis ini adalah hadis Gharib Mutlaq kerana sanadnya secara penuh Gharib.

Bahkan salah seorang periwayat hadis ini iaitu كَثِيرُ بْنُ أَبِي كَثِيرٍ bukan merupakan seorang yang sahih dan nama beliau tidak terdapat sebagai perawi dalam mana-mana kitab-kitab sahih dan Al Tirmizi pernah di kritik kerana mengambil hadis yang di riwayatkan oleh beliau, walaupun dia seorang yang thiqah…namun beliau tidak termasuk dalam golongan yang sahih.

Ketiga
Walaupun ada hadis Gharib itu sahih..tetapi kekuatan hadis ini dipertikaikan kerana salah seorang perawinya itu bukan seorang yang sahih.


Mengapa mufti menggunakan hadis yang tidak cukup kuat dalam mengemukakan hujjah sedangkan kita ada mendengar satu hadis…. Sebaik-baik jihad ialah berkata benar di hadapan sultan yang zalim- hadis Riwayat Abu Daud

Bukan kita menuduh Sultan Perak itu zalim tetapi Rasulullah membenarkan kita berkata di hadapan sultan…mungkin demontrasi itu merupakan salah satu berkata benar di hadapan sultan kerana hanya itu jalan yang ada bagi rakyat memperkatakannya di hadapan sultan!.

Kesimpulannya..kita mahu Mufti Wilayah Persekutuan berlaku ADIL ketika menaqalkan hukum dari kitab Allah dan kitab-kitab yang muktabar, jangan terlalu hendak menjaga kedudukan sehingga sanggup mengenepikan beberapa prinsip asas dalam Islam.

Wallahua’lam

Wednesday, February 18, 2009

Alkisah Pengantin Baru.....

Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang sahabatnya, Mohd. Jamil.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin tahu.

"Begini... Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."

"Ha''''ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"

"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."

"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"

"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.

"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab Amat dengan muka mencuka.

"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"

"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalan keadaan separuh sedar dia menjawab, ''''Terima Kasih Bang, datang lagi ya''''...!"

Moral cerita ;-) Lelaki baik hanya untuk perempuan baik. Begitu juga sebaliknya. So jadilah seorang lelaki or perempuan yang baik, kalau nak jodoh yang baik.

* dipetik dari laman tko

aku cinta Malaysia..... tapi lebih cintakan ALLAH...........
Oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah...... DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH...."

Dunia Digital.....

Tengok gambar-gambar ni... Ok tak?

1. Peralihan kuasa... Bush kpd Obama. Lebih kurang ke?


2. Dunia akhir zaman.....

Sunday, February 15, 2009

Merentas Desa SMKLU 2009

Ni cerita dah sebulan dah. Tapi, gambar baru dapat. So, buat tatapan bekas guru-guru SMKLU mengimbau kenangan Lepar Utara dan sesiapa yang ada hati nak lihat...

GPK KoKu, En. Roslan Yusof sedang berucap

para pelajar khusyuk mendengar ucapan

dengar... jangan tak dengar

antara guru yang bertugas
mendengar amanat Pengetua, Tn Hj Mohamad Awang Nit
sebelum berungga (berlari), kena warm up dulu
tekan dan pusing betul-betul!!!
bukan main bersemangat...
model warm up, Cikgu Emir Izar (oren) & Azli Hanif
pelepasan oleh Pengetua… lariiiii…..
giliran pelajar perempuan bersedia untuk berlari
1, 2, 3… ponnnnn… lariiiii…
menunggu ketibaan pelajar… sampai tertidur Cikgu Zainee
check point 5… dari tidur, baik pi kat check point (Cikgu Zainee)
check point 4
dah lea berjalan, senyum-senyum pulak… laaari leaaa…
antara pemandangan yang dapat dilihat di kawasan rumah peneroka semasa merentas desa
masuk bukit keluar bukit...
antara pemandangan Felda Lepar Utara 4
lepas lari, bagi hadiah lea pulak...
berkumpul di Dewan Haji Hamdan untuk acara penyampaian hadiah